Bekerja dari Rumah: Kelebihan dan Kekurangan
I love working from home! Zaman sekarang ni banyak orang yang beralih kepada bekerja dari rumah sebagai satu pilihan gaya hidup yang fleksibel. Saya sendiri pernah merasai tempoh bekerja dari rumah, sebagai ibu yang menjaga anak di rumah antara tahun 2014 dan 2017, dan juga sebagai pemilik bisnes sepenuh masa. Kemudian, pada tahun 2020, peluang bekerja dari rumah semakin terbuka selepas tempoh wabak COVID-19. Dalam blog post ini, saya ingin kongsikan kelebihan dan kekurangan bekerja dari rumah berdasarkan pengalaman peribadi. Kelebihan Bekerja dari Rumah: Dapat mengimbangi keperluan tugasan dan keluarga: Bekerja dari rumah memberikan kebebasan untuk menyesuaikan jadual kerja dengan keperluan keluarga. Kita dapat mengatur masa dengan lebih fleksibel untuk menjaga anak-anak, mengurus rumah tangga, atau memenuhi urusan peribadi yang lain- lain. Selalunya, saya dapat menyediakan makanan pagi dan tengahari untuk anak-anak dan menghabiskan waktu bersama mereka pada tempoh rehat, atau s