Bekerja dari Rumah: Kelebihan dan Kekurangan


I love working from home!

Zaman sekarang ni banyak orang yang beralih kepada bekerja dari rumah sebagai satu pilihan gaya hidup yang fleksibel. Saya sendiri pernah merasai tempoh bekerja dari rumah, sebagai ibu yang menjaga anak di rumah antara tahun 2014 dan 2017, dan juga sebagai pemilik bisnes sepenuh masa. Kemudian, pada tahun 2020, peluang bekerja dari rumah semakin terbuka selepas tempoh wabak COVID-19. Dalam blog post ini, saya ingin kongsikan kelebihan dan kekurangan bekerja dari rumah berdasarkan pengalaman peribadi.

Kelebihan Bekerja dari Rumah:

  1. Dapat mengimbangi keperluan tugasan dan keluarga: Bekerja dari rumah memberikan kebebasan untuk menyesuaikan jadual kerja dengan keperluan keluarga. Kita dapat mengatur masa dengan lebih fleksibel untuk menjaga anak-anak, mengurus rumah tangga, atau memenuhi urusan peribadi yang lain- lain.

Selalunya, saya dapat menyediakan makanan pagi dan tengahari untuk anak-anak dan menghabiskan waktu bersama mereka pada tempoh rehat, atau sebaik selesai waktu bekerja.

  1. Boleh kekal produktif kerana kebanyakan pekerjaan bersifat online: Seiring perkembangan teknologi, banyak tugasan dapat diselesaikan secara online, termasuk bermesyuarat melalui video conference seperti di Zoom dan Teams. Ini mebolehkan kita kekal bekerja tanpa perlu berada di pejabat secara fizikal.

 Biasanya saya akan login ke aplikasi Microsot Teams mengikut jadual ditetapkan, dan selalu juga     menghadiri global/regional workshop secara online. (Malah saya berjaya menamatkan program Sarjana dari Universiti luar negara, tanpa perlua berhenti kerja dan terus berada di Malaysia), dan berkomunikasi dengan rakan sekerja melalui alat komunikasi digital.

  1. Mengurangkan kos pengangkutan: Bekerja dari rumah membolehkan kita mengurangkan perbelanjaan harian yang biasa terjadi jika perlu berulang-alik ke pejabat, seperti kos minyak kereta, tol, dan parking

Dengan bekerja dari rumah 2 kali seminggu, saya dapat menjimatkan perbelanjaan pengangkutan seperti untuk minyak kereta dan tol harian.

  1. Kurang gangguan dari interaksi sosial sepejabat: Ketika bekerja dari rumah, kita cenderung kurang terganggu oleh interaksi sosial yang biasa terjadi di tempat kerja. Ini membolehkan kita lebih fokus dan produktif dalam menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan.

Saya dapat menyusun jadual kerja dengan tenang dan bekerja tanpa gangguan, yang memungkinkan saya menyelesaikan tugas dengan lebih cepat.

  1. Mengurangkan masa di dalam kesesakan lalu lintas: Ketika bekerja di pejabat, banyak waktu terbuang dalam kesesakan lalu lintas yang meletihkan. Namun, bekerja dari rumah membebaskan kita dari situasi tersebut, banyak jimatkan masa dan tenaga.

Selalunya saya dapat menghabiskan waktu yang biasanya terbuang dalam perjalanan ke tempat kerja untuk melakukan kegiatan lain yang lebih produktif seperti bersenam di waktu pagi, membuat kerja- kerja rumah dan melayan anak- anak. 

bekerja dari rumah ada juga yang tak best

Tetapi bagi saya ada juga kekurangannya bekerja dari Rumah:

  1. Terpaksa tanggung sendiri kos internet dan pencetak: Salah satu kelemahan bekerja dari rumah adalah kita terpaksa tanggung sendiri untuk akses internet yang stabil dan peralatan seperti pencetak. Walaupun pejabat saya memberikan elaun bulanan untuk ini, akan tetapi lebih bagus jika semua perkara ini tersedia oleh majikan.

  2. Kurangnya interaksi langsung dengan rakan sekerja: Ketika berada di pejabat, kita boleh berbincang secara terus dengan rakan sepejabat, dan ia memudahkan kolaborasi dan penyelesaian masalah. Namun, bila bekerja dari rumah interaksi seperti ini amat terbatas.

  3. Tidak dapat bekerja dengan fokus. Bila di rumah, kita akan terganggu dengan pelbagai keperluan di rumah seperti, baju yang belum dibasuh, dapur yang tidak kemas dan lain- lain. Selain itu keinginan untuk tidur dan berehat juga tinggi lebih- lebih lagi jika bilik tidur juga adalah tempat bekerja.

  4. Sangat bergantung pada peranti dan gadget: Di era digital ini, Kebanyakan tugasan adalah secara atas talian dan memerlukan penggunaan peranti dan gajet. Namun, terlalu bergantung kepada teknologi juga sangat bahaya, kerana ia meningkatkan stres dan kadar kebergantungan yang berlebihan.

  5. Kehilangan interaksi sosial dengan rakan sekerja: Interaksi sosial dengan rakan sekerja dapat meningkatkan pengalaman kerja dan membangunkan hubungan profesional yang baik. Bekerja dari rumah mengurangkan peluang seperti itu.

    Secara kesimpulannya, bekerja dari rumah ada kedua- dua kelebihan dan kekurangan. Saya percaya bahawa tidak ada cara kerja yang ideal, dan pilihan tergantung kepada keperluan dan pilihan individu. If you ask me, I would want a hybrid concept- fleksibel, dan mengikut keperluan. Jika bekerja dari rumah sepenuhnya boleh membuatkan saya menjana pendapatan seperti pergi ke pejabat, saya akan lakukannya. Sertai bisnes Shaklee dan boleh bekerja dari rumah dan jana pendapatan sendiri. Bermula dengan RM35 atau belian RM300 ke atas. 

    Contohnya set ini- Shaklee Transformation Set, cuma RM455

    Hubungi saya hari ini!

    -----

    Master Aisha , Shaklee ID 908079, Shah Alam, Damansara

    WhatsApp : http://wasap.my/60122727995

    Hubungi kami juga untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online. 

    #NextLevelBlogging
    #ShakleeThrive2023
    #ShakleeTriumph2023
    #SetRahmahShaklee2023

     

 

Comments

Popular Posts