Vitamin Kulit Untuk Wanita Aktif

Hai.. Assalamualaikum

Hari ini saya nak berkongsi pengalaman dan sedikit info yang saya tahu tentang keperluan menjaga kesihatan kulit untuk wanita aktif. Saya ni seorang “runner” jadi keperluan untuk melindungi kulit memang menjadi keutamaan saya. 

vitamin kulit
Standard Chartered KL Marathon, 2022

 

Terdapat beberapa risiko masalah kulit yang kerap dihadapi oleh runner seperti saya, termasuklah :


·       Kulit kering (dehydrated skin)

·       Kulit terbakar matahari (sun burn)

·       Kulit kendur (runner face)

·       Kulit cepat tua (premature aging)

·       Kulit berjerawat, pori tersumbat dengan peluh, habuk dan debu

 Tetapi saya yakin, setiap masalah ini ada solusi dan ada cara untuk mengurangkan risikonya. Dan saya yakin gaya hidup aktif sangat membantu kulit jadi lebih sihat dan berseri dalam jangka masa panjang. Saya sendiri kekal aktif dan Alhamdulillah kulit saya tidak ada masalah- masalah seperti yang disenaraikan di atas. Jom saya kongsi, 5 langkah yang saya ambil bagi mencegah masalah-masalah ini muncul.

5 LANGKAH MENCEGAH MASALAH KULIT DI KALANGAN WANITA AKTIF

1.  Minum air secukupnya

Apabila kita melakukan aktiviti berlari, kita perlu minum air secukupnya, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, tetapi juga bagi memastikan kulit kita terhidrat dengan baik. Ini sangat penting bagi mengelakkan kulit kering yang membawa kepada masalah-masalah lain seperti jerawat, bintik hitam, berkedut dan kendur. Minum cukup air penting supaya kulit kekal anjal dan muda

2.  Pakai krim pelindung UV

Ini adalah langkah paling penting yang saya tak pernah abaikan bila saya keluar berlari. Tak kira waktu larian, saya tetap akan pakai krim pelindung uv, sekurang-kurang yang mempunyai SPF 30.  Setakat ini, krim pelindung uv yang paling berkesan untuk kulit ialah ialah Youth Age Defence Moisturizer – SPF 50.  Saya suka teksturnya yang lembut, sangat selesa walaupun muka berpeluh ketika berlari dan saya suka kesan “healthy glow” selepas berlari apabila saya memakainya, Sinaran uv memberi pelbagai risiko kepada runner seperti saya termasuklah masalah pigmentasi, penuaan kulit pantas dan yang lebih serius seperti kanser kulit.  

SPF50 Youth  Shaklee
Youth Moisturising Defense SPF 50

 

3.      3. Mengamalkan kebersihan diri

Kebersihan diri amatlah penting bagi seorang yang aktif berlari seperti saya, untuk mengelakkan masalah pori kulit tersumbat dengan habuk dan kekotoran ketika berlari. Pori kulit yang tersumbat ini bukan sahaja boleh jadi punca jerawat di muka, tetapi juga jerawat di badan. Saya akan pastikan pakaian ditukar dengan cepat selepas selesai berlari, membasuh pakaian dengan pencuci yang bersesuaian, dan memilih penjagaan wajah yang lembut dan semulajadi seperti rangkaian penjagaan wajah Youth Shaklee.

M4. Memakai pakaian yang sesuai

Pemilihan pakaian yang sesuai ketika berlari sangat penting, bukan sahaja untuk keselesaan tetapi untuk mencegah masalah-masalah kulit. Antara pilihan material yang baik untuk pakaian berlari termasuklah jenis Nylon, Spandex dan Lycra. Material sebegini memberi ruang kepada kulit untuk "bernafas” dan lebih selesa. Material jenis Microfibre atau Polyester membantu peluh meruap lebih pantas jadi kulit kita akan rasa lebih selesa.

5.      5. Mengamalkan vitamin kulit asas

Vitamin kulit paling asas bagi saya sebagai seorang runner, semestinya protein dan vitamin C. Protein adalah asas kepada pembinaan sel kulit, yang mana ia diperlukan untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baru, menggantikan sel kulit yang lama dan sel kulit yang tidak sihat. Protein juga amat penting untuk penghasilan kolagen, yang mengekalkan keanjalan, bukan hanya pada kulit wajah, tapi juga seluruh tubuh.

Vitamin C pula penting bagi membantu menghasilkan sel kulit yang baru, supaya parut-parut cepat pudar. Vitamin C juga amat penting bagi mempercepatkan penghasilan kolagen. Saya telah mengamalkan vitamin kulit ini lebih dari 10 tahun, dan Alhamdulillah, kulit saya kekal sihat, tidak kendur dan cerah berseri walaupun saya aktif berlari.

VITAMIN KULIT DENGAN HARGA RAHMAH

Bulan ini Shaklee memberikan satu tawaran hebat untuk anda yang mahukan vitamin kulit supaya kulit kekal sihat berseri walaupun anda aktif berlari dan bersukan. Kita tak mahu kulit kusam, kulit terbakar, kulit berjerawat, hanya kerana kita aktif, betul tak?

Dan yang lagi menarik, vitamin kulit ini ditawarkan pada harga yang sangat mampu milik, harga rahmah!

 


 

Jom saya kongsikan pula kelebihan vitamin kulit ESP dan Sustained Release Vita C Plus.

 

Kelebihan ESP untuk kulit

·       Memperbaharui sel kulit dengan pantas

·       Memudarkan dan menghilangkan parut

·       Menganjalkan kulit dan tubuh

·       Mencerahkan kulit secara semulajadi

·       Menyeimbangkan pengeluaran sebum (kulit tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak

·       Melindungi kulit dari kesan sun burn

 

Kelebihan Sustained Release Vita C Plus untuk kulit

·       Menggalakkan penghasilan kolagen

·       Memudarkan dan menghilangkan parut

·       Anti oksida untuk kulit awet muda

·       Mencegah bakteria punca jerawat di muka dan tubuh

·       Melindungi sel kulit dari kesan pencemaran alam sekitar

Secara jujurnya di usia 40-an ini, kulit saya semakin matang tetapi semakin sihat dan berseri berbanding dengan kulit saya di usia 20-an dan 30-an. Ini kerana saya telah menjumpai rahsia vitamin kulit Shaklee yang memberi perlindungan dan penyembuhan pada kulit saya dari dalam. Dengan vitamin kulit yang berkualiti tinggi, saya tidak ragu-ragu untuk terus kekal aktif berlari, walaupun terdedah kepada sinar uv, habuk, kekotoran dan pencemaran, saya tahu kulit saya bersedia untuk menghadapinya.

 


TESTIMONI KULIT CANTIK DENGAN ESP & SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS






Memang puas hati bila tengok testimoni-testimoni pengguna setia ESP & Sustained Release Vita C Plus. Jangan buang masa lagi, ambil langkah segera dan dapatkan vitamin kulit dengan harga rahmah, berbaloi-baloi, sepanjang April 2023. Hubungi saya untuk konsultasi yang lebih lengkap. Insha Allah.

----

Master Aisha , Shaklee ID 908079

WhatsApp : http://wasap.my/60122727995

Hubungi kami juga untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online. 

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#SetRahmahShaklee2023

----

PENAFIAN :

Semua penulisan tentang produk dan testimoni yang dikongsi di blog ini bukan bertujuan untuk merawat dan menyembuhkan penyakit. Sebarang masalah kesihatan mestilah diajukan kepada pakar perubatan yang diiktiraf.

Comments

  1. Wah bestnya jadi runner.. Kita suka jogging jr.. / jalan kaki jr

    ReplyDelete
  2. Tak risau nak kekal aktif sambil jaga kulit muka kan? Vitamin Kulit Shaklee kan ada.

    ReplyDelete
  3. Wah runner juga rupanya. Memang betul tu sebagai runner memang akan tdedah dengan cahaya matahari. Maka kena jaga dalaman dan luaran juga. Guna skincare selamat dan vitamin kulit terbaik. Pilihan saya tentunya Shaklee

    ReplyDelete
  4. Ohh baru tahu ada "runner face", sebab efek pipi gegar² masa berlari kan? Nasib baik ada set vitamin cantik jadi penyelamat 😊

    ReplyDelete
  5. kan bila kite dah ada set penjagaan kulit luar dan dalam dah tak kesah dah nak aktif di luar

    ReplyDelete
  6. Woahh bestnya baca tips untuk wanita aktif.. nanti saya nak amalkan juga lah 😍😍

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts