5 Perbezaan Open House di Bandar dan di Kampung

Raya  di kampung atau di bandar?
 
Hari Raya merupakan perayaan yang paling dinantikan oleh semua orang, tidak kira di bandar atau di kampung. Semua ada cara sendiri dalam menyambut hari raya. Akan tetapi, sambutan Hari Raya di bandar agak berbeza dengan sambutan  di kampung. Saya teringin berkongsi kenangan beraya di kampung yang sangat menyeronokkan dan simple, serta perbezaan antara open house di kampung dan di bandar.

Semasa kecil, setiap kali hari raya, saya, adik-adik serta sepupu beramai-ramai berjalan kaki mengunjungi rumah jiran-jiran di kampung pada pagi hari raya selepas bersarapan dan bersalam salaman. Di rumah-rumah yang kami kunjungi ada keluarga kecil, ada keluarga besar dan tak kurang ada juga orang-orang tua yang sudah uzur. Berjalan pada hari raya di kampung tanpa orang dewasa merupakan norma yang diterima dan juga disambut baik kerana ia memeriahkan lagi sambutan hari raya, selain mengeratkan silaturrahim.

Zaman kanak- kanak memang sangat indah. Yang paling manis, kunjungan kami akan diterima dengan pintu terbuka dan senyuman, kami berbual-bual kecil (saya selalunya menjadi ketua rombongan), sambil bercerita siapa atok kami, ibu bapa kami, kami sekolah di mana dan sebagainya. Kadang-kadang kami dihidangkan dengan juadah hari raya, tak kurang juga biskut-biskut raya. Selalunya di akhir kunjungan, kami akan diberi sampul duit raya setiap seorang. Masa tu dapat RM1 pun dah seronok. memang tebal la poket baju raya kami.

Suasana beraya di kampung berbeza dengan di bandar. Di bandar besar masyarakat lebih suka membudayakan open house atau rumah terbuka. Open house di bandar lebih berjadual dan selalunya berskala besar. Open house kini telah menjadi budaya masyarakat Melayu, terutama di Malaysia sepanjang bulan Syawal. Selalunya tuan rumah akan menjemput rakan taulan untuk berhari raya bersama pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. Dengan cara ini, tuan rumah boleh bertemu dengan ramai orang dan mengeratkan silaturrahim dengan lebih sistematik sambil menjamu makan dan berbual- bual. Semakin ramai mereka di bandar menggunakan perkhidmatan katerer sebagai alternatif memasak dan menghidang sendiri.


Berikut adalah 5 perbezaan antara beraya di kampung dan di bandar:

  1. Beraya di kampung lebih intim dan erat.

    Lebih mesra dan intim bila beraya dengan kumpulan lebih kecil seperti di kampung. Di bandar ia jadi seperti pesta lebih-lebih lagi jika jumlah jemputan adalah ramai. Bila terlalu ramai jemputan kadangkala ia menjadi seperti kenduri kahwin atau pesta yang kurang menghubungkan, dan ini lari dari objektif mengerat silaturrahim. Akan tetapi mungkin ini budaya yang jika dihentikan akan mengurangkan rasa erat kerana kehidupan di bandar yang semakin sibuk, jalanraya yang sesak, maka open house seperti ini adalah pilihan terbaik untuk budaya masyarakat bandar.

  2. Erat Silaturrahim di open house bukan untuk semua

    Bertemu rakan taulan di hari raya

    Bagi keluarga besar dan rakan taulan, atau rangkaian perniagaan mungkin open house paling menyeronokkan. Di sini, ramai yang kita boleh jemput dan beraya bersama- sama. Akan tetapi  kita tak boleh melupakan mereka yang sudah tua, kurang upaya dan uzur. Open House pasti kurang selesa untuk mereka. Niat untuk mengunjungi orang-orang tua dan yang sakit di kampung mungkin perlu dilakukan secara lebih personal, bukan dengan jemputan open house. Dengan ini, saudara dan rakan taulan berpeluang menyantuni mereka di musim perayaan dan inilah tujuan utama acara kunjung mengunjung.

  3. Makanan lebih sedap, layanan lebih mesra bila beraya secara ad hoc! 

    juadah open house !

     
    Tetamu pasti terasa lebih dihargai dan dilayan baik bila beraya secara kecil kecilan.  Selalunya bila kita beraya di rumah kawan- kawan, kita akan dijamu makanan yang simple dan homemade. Makanan begini lebih sedap dan berhari raya lebih seronok. Saya masih teringat masa kecil, saya akan berkunjung ke rumah nenek saudara yang menjamu kami dengan memasak apa sahaja yang ada di dalam peti ais. Ada kalanya dia akan masak ikan goreng, atau nasi ayam, atau mi goreng, tapi semuanya sedap dan sangat simple. Setiap kali raya pasti rindu akan rumah dan masakannya. Malangnya dia dah pergi dijemput ilahi :(

    4. Beza dari segi suasana dan susun atur kampung vs. bandar

    Open house di kampung memang memberikan suasana yang berbeza dan lebih menyeronokkan berbanding di bandar. Rumah-rumah di kampung kebanyakan dibina dengan lahan yang luas dan mempunyai halaman dan taman yang cantik. Oleh itu, suasana di sekeliling rumah jauh lebih terbuka dan lebih selesa untuk berbual-bual dan bermain-main. Udara di kampung juga lebih segar dan bersih berbanding di bandar yang penuh dengan pencemaran udara.

    Di samping itu, open house di kampung juga memberikan peluang untuk mengalami kehidupan tradisional dan budaya kampung yang lebih akrab dan santai. Kita boleh menikmati makanan dan minuman yang disediakan dengan cara yang lebih tradisional seperti makan di atas daun pisang atau minum air kelapa segar yang dipetik dari pokok kelapa. Selain itu juga boleh melihat sendiri bagaimana orang kampung menghidupkan suasana perayaan dengan cara yang unik dan berbeza.

    Namun begitu, open house di bandar juga mempunyai kelebihan tersendiri seperti lebih mudah untuk diakses dan lebih mudah diatur jadualnya. Selain itu, dalam open house di bandar, anda juga boleh bertemu dengan lebih ramai orang dan berkongsi pengalaman dengan lebih banyak rakan dan kenalan.

    5. Open House pun best, raya kampung pun best!!!

    jumpa kawan-  kawan dan sanak saudara tu yang penting!


    Sebenarnya tak boleh beza- bezakan kedua2 cara beraya. Kedua- duanya ada lah cara dan mahu mencapai matlamat tersendiri. Kadangkala saya dapat perkenal budaya Malaysia kepada rakan- rakan dari negara luar dengan membawa mereka memenuhi jemputan di rumah terbuka. Dan di kampung saya lebih suka rumah- rumah berbeza untu dikunjungi. Apa jua caranya, ia pasti dapat mengeratkan silaturrahim kerana waktu lain jarang sekali kita dapat peluang seperti ini.

    Walaupun terdapat perbezaan dalam sambutan Hari Raya di kampung dan di bandar, ia tetap memberi makna yang sama, iaitu mengeratkan silaturrahim dan memperkukuhkan hubungan sesama manusia. Semoga raya kita lebih meriah dan bermakna!

    Sooo..


     

    Master Aisha , Shaklee ID 908079

    WhatsApp : http://wasap.my/60122727995

    Hubungi kami juga untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online.


    #nextlevelblogging
    #blogmegashaklee
    #shakleethrive2023
    #shakleetriumph2023

     

Comments

Popular Posts