5 Sebab Mengapa dah 10 tahun Saya Jalankan Bisnes Online

 Hai  dan assalamualaikum semua.

Hari ini saya nak berkongsi pengalaman saya membina bisnes Shaklee secara online. Secara jujurnya, saya ni memang ada masalah berat mulut. Kan selalunya kalau orang kata nak buat bisnes, mesti kita kasi alasan, tak reti la tak pandai la, tak banyak cakap la. Saya masa tu terfikir dunia bisnes ni memang khusus untuk orang yang peramah tamah, pandai pujuk memujuk, pendek kata manis mulut la.

Sampai la saya jumpa bisnes  Shaklee. Pada tahun 2013 tu hampir semua rakan- rakan satu team menumpukan untuk membina bisnes secara online. Bisnes online ni pula mungkin tak perlu kelebihan peramah tamah tu, tapi cuma  perlu konsisten sharing kebaikan produk- produk Shaklee di platform online dan media sosial. Bisnes macam ni, kita tak perlu rajin ketuk piintu rumah orang, atau panggil-   panggil orang di pasaraya, tapi perlukan kerajinan mengemaskini blog, Facebook, Instagram, Tiktok dan sebagainya, supaya keluarga dan kenalan tahu bisnes kita.

Semasa tu saya terfikir, THIS BUSINESS IS FOR ME!, gadis pemalu yang cuma  suka berselindung di balik PC. heheeee.

Shaklee and Me, 10 year anniversary

 

Anyways fast forward 10 years after.

Bisnes ini semakin mudah untuk dikembangkan, asalkan ada fokus dan kerajinan. (Dua ciri-  ciri ni tak boleh elak ya dalam apa jua bidang bisnes).  Saya bekerja sepenuh masa dan bila pulang nak menguruskan anak tu memang lah tak sempat, tapi medium phone dan gajet yang ada digunakan sebaiknya untuk berkongsi kebaikan Shaklee, dan juga untuk membuat pembelian. Shaklee cuma hantarkan ke pintu rumah keesokan harinya, atau terus ke rumah pelanggan. Mudahkan???

OK mari saya kongsikan 5 sebab kena bisnes Shaklee secara online ni memang patut diceburi oleh wanita berkerjaya seperti saya:

1. Shaklee benarkan marketing di semua platform media social yang disukai

Sebab Shaklee ni lifestyle, senang nak kongsi di media sosial, IG story: @aisha.amin79

Saya pilih blog, Facebook dan Instagram sebagai  platform untuk berkongsi. Tetapi ramai juga yang lebih selesa dengan marketing di platform  lain macam TikTok, Linkedin,  Twitter. Shaklee tak halang malah menggalakkan. Perkembangan social media yang pesat dan sentiasa selari dengan tabiat pengguna seperti aplikasi video, IG/FB story, Marketplace, Ads, dan sebagainya memang patut digunakan untuk membuat DUIT!!

Kalau media sosial digunakan untuk  update aktiviti terkini, Blog boleh menjadi medium untuk berkongsi informasi  dalam jangka masa lebih panjang. Jadi tak rugi kalau berusaha sikit untuk bina bisnes yang boleh buat duit menggunakan teknologi aplikasi sedia ada.

Cuma satu, Shaklee  tak benarkan menggunakan media E-Commerce untuk menjual produknya. Melanggar peraturan ini akan menyebabkan ID Shaklee kita digantung! Kenapa ya tak boleh, ok  boleh tengok point seterusnya..

2.  Website Shaklee yang Lengkap  Online, padat Informasi, user friendly, siap ada Chat BOT untuk mebantu

Website Shaklee, shaklee.com.my

 

Company Shaklee sediakan platform online yang sangat cantik, mudah digunakan dan senang utk dinavigasi. Jika anda berbisnes Shaklee, anda boleh terus share informasi  yang ada di Website dengan bakal pelanggan. Jika anda pelanggan, anda boleh terus buat pembelian atau daftar sebagai ahli Shaklee.

Sebagai seorang pembina Bisnes Shaklee, saya paling suka "check bonus" bulanan hehe. Sebab bonus tu akan update setiap hari untuk inform kita tentang pendapatan kita. Dan paling best dia  akan kategorikan jenis bonus apa, macam bonus kereta, atau point trip luar negara. Semua updated kat situ on a daily basis!

 Saya juga boleh terus daftarkan ahli baru,  belikan produk untuk pelanggan dan diri sendiri  menggunak kad debit atau kad kredit atau online banking, periksa jumlah point terkumpul, download brochure2  marketing dan sebagainya.

Shaklee juga sediakan poster- poster marketing yang membantu sangat untuk dikongsi dengan pelanggan dan downline, semua ni mereka share di saluran Telegram khusus. 

Poster marketing yang Shaklee sediakan


3. Online  Meeting Setiap Bulan dengan Syarikat

Sebagai Master Coordinator, saya  akan dijemput oleh Syarikat untuk menghadiri Masters Forum selalunya secara online, untuk mengetahui plan syarikat mengenai produk, promosi bulanan, stok dan sebagainya. Dengan cara ini, saya dapat berdiskusi secara dua hala dengan Shaklee, dan juga rakan bisnes lain dan menyalurkan maklumbalas  dan idea untuk penambahbaikan. Selain itu platform ini membolehkan  saya menyalurkan maklumat secara pantas kepada pelanggan dan downlines saya, supaya mereka lebih jelas tentang apa yang akan Shaklee tawarkan, atau apa isu- isu berbangkit.

4. Bisnes boleh dikembangkan ke Satu Malaysia

Nak tahu tak, saya  ada ramai pelanggan di Sabah, Kelantan dan Kedah. Tapi saya ni di Selangor. Sometimes jumpa pun tak pernah pelanggan ni. Yang penting mereka trust saya dan saya sentiasa kongsikan informasi mengenai produk produk kesihatan Shaklee dan sentiasa membantu mereka dalam Shaklee journey mereka secara online, tak kisah  la whatsapp ke, video call  ke, yang penting  mereka percaya dan sentiasa tak lupa  menggunakan Shaklee, dan ada juga yang berminat untuk mengembangkan bisnes  Shaklee bersama saya, apabila menyedari manfaat kesihatan yang mereka capai dengan mengamalkan Shaklee.

5. Buat Duit tak Payah Keluar Rumah!!

OK memandangkan saya tiap- tiap hari keluar rumah, mungkin yang di atas tak  sesuai untuk saya. Tetapi saya selalu berjumpa dengan wanita yang merasakan mereka tak mampu berbisnes sebab terkekang kerana menjaga anak kecil, atau menjaga orang tua, atau tak tahu memandu, atau hmm simply MALAS. 

Anak- anak pun tolong bisnes Shaklee dari rumah

 

Bisnes Shaklee sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kekangan ini. Asalkan ada  telefon pintar, ada akaun bank- YOU ARE GOOD TO GO. Takde media sosial?  bukalah blog macam saya ni. Takde blog? Start one. Tak boleh beli stok? stok akan sampai depan rumah je bila order menggunakan website..

Tak tahu mana nak start?? 


 

Anda cuma boleh mulakan  Bisnes Online Shaklee dengan RM30 atau pembelian pertama berjumlah RM100, dan boleh sertai team bisnes saya, dan saya boleh kongsikan cara menjana pendapatan secara bulanan dengan Shaklee.InshaAllah!

----

Master Aisha , Shaklee ID 908079

WhatsApp : http://wasap.my/60122727995

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#SetRahmahShaklee2023

 



Comments

  1. Alhamdulillah 10 tahun dah aisyah buat bisnes Shaklee ya, semoga terus suksess Aisyah Inshaallah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts