Testimoni Shaklee Saya: Muda Lebih Lama dengan ResV-Vix

Saya mula diperkenalkan dengan Shaklee pada tahun 2012. Lebih 10 tahun yang lalu. Semasa tu saya sedang menyusukan anak pertama saya, yang sekarang berusia 13 tahun. Niat saya semasa itu untuk mendapatkan tenaga yang lebih serta menghasilkan susu yang cukup buat anak kesayangan. Hasil set menyusu Shaklee sewaktu itu, saya berjaya memenuhkan penyusuan penuh 2 tahun buat bayi saya. Maka saya teruskan pengambilan set Shaklee semasa mengandungkan dan menyusukan dual agi anak berikutnya.
 
2014

Semasa tu produk kesayangan saya untuk membanyakkan susu ialah Protein ESP, Alfalfa, Vita-Lea, B- Complex, Sustained Release Vitamin C, dan Omega Guard.

5 tahun berlalu, saya pun sudah menjengah akhir 30-an. Anak- anak dah mula masuk sekolah dan saya mula step up my Shaklee game  dan mengambil satu produk premium Shaklee yang sudah terlalu banyak testimoni hebat anti penuaan, Vivix dan Res-V.

Saya mula mengamalkan detox berkala dan mengamalkan Vivix di waktu pagi beserta Res-V di  waktu malam. Saya juga mula berjinak- jinak dengan sukan larian.

Dengan mengamalkan dua produk premium ni, saya mendapat lebih tenaga untuk berlari setiap hari. Bermula dengan 3-5km, saya berjinak- jinak mencuba larian- larian  panjang seperti 10km atau separa marathon. Selain itu saya menyertai kumpulan bersenam 2 kali seminggu untuk mengangkat berat dan menguatkan otot.

Walaupun usia sudah meningkat 44 tahun, masih ramai yang menyangka saya merupakan Wanita pertengahan 30an. 


Saya hari ini 2023

Setahun lalu, saya ke Klinik Kesihatan untuk membuat ujian pap smear. Beberapa kali doctor menyemak buku kesihatan dan berpaling melihat wajah saya. Saya terdengar “fuh Nampak muda”. Saya Cuma  ketawa di dalam hati, kerana agak lucu kejadian itu.

Sudah banyak kali juga saya terpaksa tidak  mendedahkan umur, dikhuatiri Panjang cerita dan bertubi- tubi soalan susulan. Selalunya soalan akan bermula dengan umur anak, kemudian mereka meneka yang saya berkahwin pada usia muda, dan akhirnya terpaksa mendedahkan umur sebenar, dan menerima pujian “tak Nampak macam….XX tahun”.

Sejak menjengah ke usia pertengahan 40-an, saya   masih tak menyangka orang akan beranggap saya jauh lebih muda, tapi ini masih berlaku kepada saya minggu lepas.

Inilah testimoni Shaklee saya! All thanks to my active life style and ResV-Vix!!!

Saya percaya dengan mengekalkan kesihatan dan kecergasan, dan mengambil produk tinggi polifenol dan resveratrol seperti Vivix dan Res-V, ia dapat memberikan masa yang lama sebelum kita kelihatan dan merasa tua, lemah dan berpenyakit.

Kenapa supplement penting untuk membantu penuaan sihat?

1.    1. Pemakanan kita semakin tinggi proses dan mudah – walau bagaimana pun kita mengelak, kita akn tetap terjebak dengan pemakanan gaya moden yang pantas, terproses dan kurang nutrisi. Lambakan restoran- restoran makanan segera dan makanan segera yang sangat mudah disiapkan memang sangat mempengaruhi bbagaimana kit atua. Makanan sebegini sangat rendah nutrisi, dan  kekurangan nutrient akan buatkan badan kita bekerja keras untuk survive dan menua dengan cepat.

2.   2.  Gula is normalized – Ada kepercayaan bahawa kita kena ambil gula untuk tenaga. Padahal gula adalah sesuatu yang tubuh kitab oleh hasilkan sendiri. Tapi nak buat macam mana, ada banyak mazhab kesihatan. Maka minuman sedap seperti nescafe dan the Tarik memang sukar ditolak..tapi sebenarnya gula lah punca penuaan pantas

3. 3.    Gaya hidup yang sibuk – ini membuatkan masa yang ada untuk menyediakan makanan tinggi nutrient agak kurang, dan kebanyakan keluarga lebih suka makan di luar. Even kalau masak sendiri, kebanyakan makanan masih kurang sumber zat dan mineral penting, seperti protein, vitamin A, C, D, magnesium dan sebagainya.

Dengan pengambilan sesudu kecil Vivix di waktu pagi, dan 2 biji Res-V sebelum tidur, anda sebenarnya dapat membantu tubuh mencegah penuaan bermula dengan cepat. Antara kandungan Vivix:

1.    Resveratrol: Resveratrol adalah sebatian bioaktif yang terdapat dalam kulit anggur merah dan beberapa tumbuhan lain. Ia mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang dapat membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.

2.    Ekstrak Anggur Merah Muscadine dan Elderberi: Vivix mengandungi ekstrak anggur muscadine dan elderberi yang kaya dengan polifenol dan flavonoid. Kandungan ini memberikan pelbagai manfaat kesihatan termasuk melindungi jantung, meningkatkan aliran darah, dan melawan keradangan.

3.    Polygonum cuspidatum adalah sumber utama resveratrol dalam Vivix Shaklee. Ia juga diketahui mempunyai sifat anti-penuaan dan antioksidan yang tinggi.

4.    Lobak Ungu : Kandungan Vitamin A dan karotenoid yang membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oksidatif dan merangsang penghasilan kolagen untuk sokongan kulit yang sihat.

5.    Vitamin dan Mineral: Vivix Shaklee juga mengandungi campuran vitamin dan mineral penting seperti vitamin C, vitamin E, selenium, dan zink. Kandungan ini membantu menyokong fungsi tubuh yang optima dan melindungi sel-sel daripada kerosakan.

 Bagaimana Vivix dan Res-V dapat membantu melambatkan proses penuaan ?

1.    Perlindungan Antioksidan: Vivix mengandungi resveratrol, ekstrak anggur merah, dan bahan semulajadi lain yang kaya dengan antioksidan. Antioksidan membantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang dapat merosakkan DNA, protein, dan lemak dalam sel, yang pada gilirannya boleh menyebabkan penuaan pramatang. Dengan menyediakan perlindungan antioksidan yang kuat, Vivix  dan Res-V dapat membantu mengurangkan kerosakan oksidatif dan melambatkan penuaan sel.

2.    Anti-radang: Beberapa bahan dalam Vivix dan Res-V, mempunyai sifat anti-radang. Keradangan kronik banyak dikaitkan dengan penuaan pramatang dan penyakit kronik. Dengan mengurangkan keradangan dalam tubuh, Vivix dan Res-V dapat membantu memperlambat proses penuaan dan menjaga kesihatan badan secara keseluruhan.

3.    Menyokong fungsi kardiovaskular: Vivix dan ResV mengandungi bahan-bahan seperti resveratrol dan ekstrak anggur merah yang telah dikaitkan dengan manfaat bagi kesihatan jantung dan pembuluh darah. Penyakit kardiovaskular merupakan faktor yang utama dalam mrmterhadap penuaan yang lebih cepat. Bila semakin tua, jantung biasanya akan berdegup  makin perlahan, injap juga semakin mengeras. Dengan memastikan kesihatan kardiovaskular, kita berikan tenaga dan kemudahan untuk jantung berkerja secara normal.

4.    Perlindungan DNA: Kandungan dalam Vivix dan Res-V, seperti resveratrol, banyak dikaitkan dengan perlindungan dan pemulihan DNA yang rosak. DNA yang rosak dapat menyebabkan penuaan dan meningkatkan risiko penyakit- penyakit tua. Dengan membantu memperbaiki dan melindungi DNA, Vivix dan Res-V dapat membantu melambatkan proses penuaan.

5.    Sokongan Seluler  : Vivix dan Res-V mengandungi campuran bahan semulajadi untuk menyokong kesihatan sel secara keseluruhan. Bahan-bahan ini dapat membantu memperkuat dan memulihkan fungsi sel, termasuk mengaktifkan mekanisme pembaikan sel yang penting untuk memperlambat proses penuaan.

Jika tanya saya apa yang  anda patut dapatkan di Shaklee sebagai langkah pencegahan penuaan pantas, saya akan cadangkan mula mengamalkan Res-V dan Vivix.

Dapatkan 5% penjimatan dan kemudahan bayaran ansuran 0% interest bila anda dapatkan promosi ResV-vix Night and Day Duo bulan ini.

Baca perkongsian : Testimoni Mak diserang batuk tak berhenti

Terima kasih kerana sudi membaca..Jangan lupa komen😘
Semoga entri ini mendapat hadiah istimewa tajaan www.anakkuwiraku.com. Aamiin🤲

------

Master Aisha , Shaklee ID 908079, Shah Alam, Damansara

WhatsApp : http://wasap.my/60122727995

Hubungi kami juga untuk mengetahui tentang peluang bisnes Shaklee hanya dari rumah dan secara online. 

#NextLevelBlogging
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#SetRahmahShaklee2023



 

 

Comments

Popular Posts